Pakaian Tradisional Suku Kaum Rungus Kudat
Wanita Rungus
Lelaki Rungus
Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri untuk mengekalkan keasliannya dengan menggunakan benang yang dibeli di pusat menjual benang tenunan.
Suku kaum Rungus di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian
tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa
warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat
melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah
pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara
hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.
Pakaian tradisi wanita Rungus juga sarat dengan manik-manik
yang direkacipta sendiri. Wanita Rungus pada zaman dahulu sentiasa memakai
pakaian ini dalam kehidupan seharian seperti memasak, mengangkat air, menyulam
dan lain-lain lagi.Kini ia hanya dipakai ketika majlis perkahwinan, keraian,
kematian mahupun menjemput ketibaan tetamu ke rumah panjang.
|
Pakaian tradisi lelaki Rungus pula cukup ringkas dengan
hanya sandai atau sopilang ( kain panjang dipakai bersilang), hokos (tali
pinggang kain yang biasanya berwarna merah, hijau dan kuning), sigar (tengkolok)
dan baduh (baju atau kain sarung) yang biasanya dipakai ketika melakukan tarian
Sumundai Mongigol.
|