Tuesday, 14 May 2013

Pengenalan

Pakaian Tradisional Suku Kaum Rungus Kudat 


 
Wanita Rungus 
 
Lelaki Rungus

Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri untuk mengekalkan keasliannya dengan menggunakan benang yang dibeli di pusat menjual benang tenunan.

Suku kaum Rungus di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.
Pakaian tradisi wanita Rungus juga sarat dengan manik-manik yang direkacipta sendiri. Wanita Rungus pada zaman dahulu sentiasa memakai pakaian ini dalam kehidupan seharian seperti memasak, mengangkat air, menyulam dan lain-lain lagi.Kini ia hanya dipakai ketika majlis perkahwinan, keraian, kematian mahupun menjemput ketibaan tetamu ke rumah panjang.
 
Pakaian tradisi lelaki Rungus pula cukup ringkas dengan hanya sandai atau sopilang ( kain panjang dipakai bersilang), hokos (tali pinggang kain yang biasanya berwarna merah, hijau dan kuning), sigar (tengkolok) dan baduh (baju atau kain sarung) yang biasanya dipakai ketika melakukan tarian Sumundai Mongigol.
 

No comments:

Post a Comment