Sunday, 18 October 2015

LINANGKIT VAGU RUNGUS

SULAMAN TANGAN PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK MOMOGUN-RUNGUS
 
LINANGKIT VAGU RUNGUS
 
Memang cantik dipandang linangkit pakaian tradisi suku kaum rungus kaya dengan keunikannya yang tersendiri, sulaman tangan dari benang yang berwarna-warni dan dijahit pada kain berwarna hitam untuk mengekalkan keasliannya. Memilih benang yang berkualiti tinggi dan ketelitian sangat dititikberatkan untuk mengekalkan ketahanan sulam kepada si pemakai.

 




 
Pelanggan yang dihormati,

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya ditalian atau Whatsapp
No : 018-5721985 /
014-8597224
http://dinahcollectionsrungus.blogspot.com/2015





Wednesday, 15 May 2013

Galeri Photo

 Pakaian Tradisional Dan Aksesori Wanita Rungus 
 
 
2.  Sisingal 
3.  Rampai 
4.  Sinusuk Rabung
5. Sulao 
6.  Tinggol 
     *  Manik Asli/
        * Manik Moden
 
7.  Pinakol  x 2
8.  Kinangsoo  x 2 
9.  Saring dan Kimo  x 2
 
  
10.  Orot   
 
11.  Kinoriki  atau  Rinugading 
   ( Kain Sarung Wanita Rungus )
 
12. Tinikadang 
      ( Baju Wanita Rungus ) 
 
Pakaian Tradisional Dan Aksesori Lelaki Rungus
 
   
 
1.  Sigar ( Tengkolok )   
2.  Pinakol   
3. Badu 
( Baju Lelaki Rungus )
 
 

Tuesday, 14 May 2013

Pengenalan

Pakaian Tradisional Suku Kaum Rungus Kudat 


 
Wanita Rungus 
 
Lelaki Rungus

Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri untuk mengekalkan keasliannya dengan menggunakan benang yang dibeli di pusat menjual benang tenunan.

Suku kaum Rungus di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.
Pakaian tradisi wanita Rungus juga sarat dengan manik-manik yang direkacipta sendiri. Wanita Rungus pada zaman dahulu sentiasa memakai pakaian ini dalam kehidupan seharian seperti memasak, mengangkat air, menyulam dan lain-lain lagi.Kini ia hanya dipakai ketika majlis perkahwinan, keraian, kematian mahupun menjemput ketibaan tetamu ke rumah panjang.
 
Pakaian tradisi lelaki Rungus pula cukup ringkas dengan hanya sandai atau sopilang ( kain panjang dipakai bersilang), hokos (tali pinggang kain yang biasanya berwarna merah, hijau dan kuning), sigar (tengkolok) dan baduh (baju atau kain sarung) yang biasanya dipakai ketika melakukan tarian Sumundai Mongigol.
 

Tempahan

Syarat-syarat tempahan :-

1. Diharap kepada setiap pelanggan membuat tempahan pakaian tradisi 6 bulan lebih awal.
2. Setiap tempahan hendaklah membuat bayaran pendahuluan mengikut perkhidmatan yang dipilih oleh pelanggan.
3. Setiap bayaran pendahuluan tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan oleh pihak anda.
4.  Setiap pakaian tradisi yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.


dinahcollectionsrungus.blogspot.com

Hubungi

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soalan mengenai tempahan, boleh hubungi menggunakan Facebook sila klik atau hubungi seperti yang tertera di bawah :

Perkhidmatan yang ditawarkan;
 
- Pakaian Tradisi Wanita 
- Pakaian Tradisi Lelaki 
- Aksesori Klasik Wanita dan Lelaki 
- Dan lain-lain

******************************************************************************
No. Telefon  :  018-5721985  ( Pn.Dinah )
Email  :  fdina.nain@gmail.com  atau  fdina@mpob.gov.my
 
Jika berminat, sila Whatsapp /E-mail  seperti di atas.